Saturday, October 27, 2012

bukan

semua orang akan ada kawan yang perangai gila-gila yang kuat menganjing
lepas tu berdekah-dekah gelak lupa pasal hati dan perasan manusia yang kita anjingkan tu
seronok tu memang seronok. aku mengaku aku pun selalu buat macam tu kat orang

tapi kalau bab-bab menganjing cakap muka aku macam sasha grey atau maria ozawa tu memang tu bukan satu anjingan yang boleh gelak berdekah-dekah bagi aku.
itu gurauan yang memang tak lawak. sikit pun tak lawak dan tak lawak langsung.
aku tak kisah kalau sekali kau bergurau macam tu sebab aku fikir tu hanya satu gurauan

satu gurauan hanya akan kekal satu
tak ada dua gurauan
tiga mahupun empat atau lima gurauan
itu gurau kasar namanya tu

bukan aku nak dilahirkan muka macam si cantik yang orang maksudkan tu
bukan aku nak bangga muka aku cantik
bukan aku suka nak digelar macam tu
bukan aku nak bangga digelar macam tu
tak pernah terlintas dalam fikiran aku orang akan cakap aku sebegitu rupa

terhina siot
kadang-kadang malu dengan diri sendiri
sebab setiap manusia akan bayangkan setiap apa yang diperkatakan

*pause

terfikir dalam kepala otak aku bila korang cakap korang bayangkan
pergh! parah siot...
maruah aku tercalar sekejap....

Sunday, October 21, 2012

pengajaran

dah lama aku tak baca blog sorang mamat ni
dulu time berblog aku suka baca kisah cinta dia
dari kisah cinta dia dengan bekas kekasih
sampai dah ada kekasih baru
jadi bekas lagi dapat kekasih baru

aku tak tahu kenapa aku suka stalked blog dia
mana aku jumpa blog dia dulu pun aku dah tak ingat
tapi aku suka sangat baca kisah cinta dia
bagi aku dia ni sangat romantik dan sweet
sangat sweet dan penyayang

dari apa yang dia selalu update kat blog dia tu, aku rasa dia ni jujur sangat.
nak cakap terlampau jujur pun ye juga
tapi bagus lah atleast dia jujur
nampak tak betapa aku selalu baca blog mamat ni

baru-baru ni baca blog dia balik dan TADAAAAA!
ada pengajaran yang terjadi kat mamat ni dengan kekasih dia
pengajaran untuk aku dan si dia jugak
pengajaran untuk semua pasangan kekasih kat luar sana

pengajaran ape?
sendiri mau ingat lah

beku

sebab terlalu lama aku tak berblog buat aku dah ketandusan idea nak cerita pasal ape
otak aku banyak berfikir tapi tak boleh mengarang cerita bangang macam dulu
cerita bangang tentang aku sendiri pun aku dah tak boleh nak luahkan kat sini,
inikan pula cerita bangang orang lain

otak dah beku
otak dah tak boleh nak fikir
otak dah terkunci
kuncinya aku lupa letak kat mana.
mungkin alzheimer mula menyerang otak aku.

"kepala otak kau lah kina!"

selamat malam


Thursday, October 11, 2012

Berkurun

Berkurun lama dah aku tinggalkan blog ni.
Banyak chapter yang meninggalkan kenangan dalam laman sosial yang satu ni,
Chapter sedih, gembira, pahit, manis segala rasa lah.
Kalau dibuat masakan pun tak tau apa rasanya.

Tapi hari ini aku akan mulakan dengan chapter baru dan buku baru
Apa rasanye chapter baru ni pun aku tak tahu lagi.
Mungkin rasanya sama, hanya situasi diubah
Tak mungkin situasi lama berulang lagi.

Orang kata tutup buku lama, buka buku baru
Oleh itu, harini aku nak buka buku baru dengan harapan semuanya baik-baik sahaja